OLEH KERANA FAKTOR-FAKTOR DARI KISAH YANG DIPAPARKAN MENYEBABKAN HARGA
MINYAK ZAITUN DARI BUMI AMBIA INI MENINGKAT. SEBAGAI SAUDARA ISLAM ,
KITA HARUS MENYOKONG APA SAJA HASIL ATAU PRODUK DARI PALESTIN BAGI
MENINGKATKAN EKONOMI MEREKA. INSYAALLAH..
Khamis, 26-04-2012 - Pada hari Isnin (23/4),
peneroka Zionis mengurangkan pokok zaitun milik rakyat Palestin- di
kawasan yang terletak di antara Izbet Shufa dan dusun Kafa, selatan
Tulkarem dan memusnahkan pagar tanah rakyat di bandar Tekoa.
Seorang saksi yang memberitahu PIC bahawa perampas dari “Avni Hefetz”
kawasan baru penduduk Yahudi yang dibina di atas tanah Palestin dari
Labad Kafr dan kampung Shufa, selatan Tulkarem, telah dijaga oleh
pasukan penjajah yang turut menebang berpuluh-puluh pokok zaitun dalam
tanah yang dimiliki oleh Abdul Halim Mohamed Ismail menggunakan gergaji
rantaian.
Selain itu, sumber-sumber tempatan berkata bahawa kumpulan perampas
Zionis yang tinggal dalam kawasan jajahan Romen yang bersebelahan Bandar
Tekoa di timur bandar Bethlehem. Sedang cuba merampas 60 dunums tanah
milik keluarga seperti Abu Mafrah, Jibrin dan keluarga Qakohr.
penterjemah : syuhada
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tentera Israel meratakan tanah dan merosakkan tanaman zaitun berhampiran Yatta
Khamis , 05-04-2012 - Tentera haram Israel (IOF)
telah meratakan tanah pertanian Palestin dan menumbangkan pokok-pokok
zaitun yang ditanam lebih dari 30 tahun yang lalu bermula dari Um NIR
hingga ke timur bandar Yatta di selatan Al-Khalil Selasa lalu.
Ratib Al-Jibour, penyelaras jawatankuasa di Yatta berkata bahawa tentera IOF meratakan 50 ekar tanah yang dimiliki oleh keluarga Jibour dan menumbangkan pokok serta
anak-anak pokok Zaitun. Beliau berkata bahawa tentera Israel turut
membawa beberapa pekerja dmereka untuk menumbangkan pohon-pohon zaitun,
dan membuang anak-anak pokok keluar dari kawasan tersebut dalam usaha
untuk “menyembunyikan jenayah”.
penterjemah : nurul
Para pendatang bakar 2600 pohon zaitun milik rakyat Palestin dalam bulan Oktober
Rabu, 02/11/2011 - Jawatankuasa Pertanian Palestin
(PARC) berkata bahawa pendatang-pendatang Yahudi membakar 2600 pohon
zaitun milik warga Palestin dengan menganggarkan kerugian sebanyak
156000 dollar.
Jawatankuasa itu berkata dalam laporan bulanan yang dikeluarkan pada
Isnin bahawa rakyat Palestin kerugian lebih kurang 3.5 batang pohon
zaitun pada setiap jam samaada dibakar atau dimusnahkan. 53% kerugian
dikenalpasti dialami di wilayah Nablus diikuti oleh wilayah Salfit
sebanyak 24%, di mana kebanyakan serangan dilakukan oleh pendatang yang
sebahagiannya bekerjasama dengan tentera rejim
Israel.sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati
No comments:
Post a Comment