Kenapa anda harus memilih produk Palestine Extra Virgin Olive Oil
Tahukah
anda Palestin mempunyai zaitun yang terbaik di dunia (bumi Syam as
Syarif) kerana umurnya yang paling tua di dunia. Minyak zaitun yang
terbaik di dunia adalah minyak zaitun Syam as
Syarif. Ini kerana buah zaitun di dalam Surah at Tin menurut tafsiran
Imam Hasan al Basri RA: Tin: Sebuah bukit terletak berdekatan kota
Damascus: Jabal Qasiyoun . Zaitun: Sebuah bukit yang terletak di Baitul
Muqaddis...Kedua-dua tempat ini terletak di negeri Syam. Syam
atau negeri Syam sebenarnya meliputi sejumlah negara; Syria, Jordan,
Palestin, Lubnan dan sejumlah wilayah di Turki, iaitu Adana,
Diyarbaker dan Iskandarun.
Diriwayatkan Zaid bin Tsabit r.a.. bahwa Rasulullah SAW bersabda, ”Beruntunglah
negeri Syam.” Lalu ada yang bertanya,” Dengan apa keberuntungan itu Ya
Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab, ”Para malaikat rahmat membentangkan
sayap-sayapnya untuk (keberkahan) negeri Syam.” (1)
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a., iaitu doa rasul SAW sampai berulang kali dicetuskan saat mengatakan, ”Ya Allah berkatilah kami pada (negeri) Syam kami. Ya Allah berkatilah kami pada (negeri) Yaman kami”.(2)
Rujukan:
1. Musnad Imam Ahmad: 5/184-185. Sunan at-Tirmizi, No. 3954). Al-Mu’jam al-Kabir karya Imam Thabarani: 5/158.
2.
Sahih al-Bukhari No. 137 dengan sedikit perbedaan. Sunan Tirmizi No.
3953. Al-Mu’jam al-Kabir karya Imam Thabarani No. 13422.
1) Keaslian
Kita ada sijil ketulenan dari Kementerian Palestine yang mengesahkan produk yang kita ambil adalah asli dan tulen.
2) Kadar Asid
Adalah diketahui Minyak Zaitun dari Palestine adalah mengandungi kadar asid yang paling rendah iaitu tidak melebihi 0.4% berbanding dengan minyak zaitun dari Negara Itali, Greek dan sebagainya
3) Penanaman Pokok zaitun
Minyak zaitun ini adalah daripada hasil tanaman keluarga turun temurun dijaga oleh semenjak 400 tahun dahulu. Pokok zaitun ini dijaga 24 jam sehari untuk mengekal kualiti yang terbaik.
4) Al-Quran
Dan dari nota kaki surah An Nur ayat 35 dari Al-Quran yang diterbitkan oleh Al Alam Ar Robitah Al Islami mencatatkan minyak zaitun terbaik di dunia adalah dari Ramallah Palestine
5) Kaedah Pemprosesan
Perahan buah zaitun ini adalah menggunakan kaedah lama di mana kaedah ini dapat mengekalkan 'polyphenol' hampir 100% berbanding dengan diproses mengunakan mesin dimana ‘polyphenol’ didalam minyak zaitun telah kehilangan hampir 20% dan 'polyphenol' adalah sumber penting pencegah dan penentang barah yang di perakui oleh pakar 'nutrition'.
6) Menyokong Palestine
Akhir sekali, dengan membeli produk buatan Palestine ini, kita sebagai saudara sesama islam dapat membantu sedikit sebanyak ekonomi saudara saudara kita di bumi Palestine untuk terus menampung hidup serta mengalak dan menyokong pertanian mereka. Seperkara lagi, Ramallah tempat dimana pokok zaitun yang ditanam ini adalah didalam kawasan Al-Quds (Baitulmaqdis) salah satu tanah suci yang disebut oleh Allah SWT didalam Al-Quran. Ini bermakna, minyak zaitun ini adalah berasal dari Tanah Suci
1. Mengambil secara berterusan sekurang-kurangnya sesudu 2 kali (23 gram) sehari (pagi sebelum sarapan, dan malam sebelum tidur).
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh “Harvard School of Public Health” dan “Athens School of Public Health” mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara. Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser.
Kita ada sijil ketulenan dari Kementerian Palestine yang mengesahkan produk yang kita ambil adalah asli dan tulen.
2) Kadar Asid
Adalah diketahui Minyak Zaitun dari Palestine adalah mengandungi kadar asid yang paling rendah iaitu tidak melebihi 0.4% berbanding dengan minyak zaitun dari Negara Itali, Greek dan sebagainya
3) Penanaman Pokok zaitun
Minyak zaitun ini adalah daripada hasil tanaman keluarga turun temurun dijaga oleh semenjak 400 tahun dahulu. Pokok zaitun ini dijaga 24 jam sehari untuk mengekal kualiti yang terbaik.
4) Al-Quran
Dan dari nota kaki surah An Nur ayat 35 dari Al-Quran yang diterbitkan oleh Al Alam Ar Robitah Al Islami mencatatkan minyak zaitun terbaik di dunia adalah dari Ramallah Palestine
5) Kaedah Pemprosesan
Perahan buah zaitun ini adalah menggunakan kaedah lama di mana kaedah ini dapat mengekalkan 'polyphenol' hampir 100% berbanding dengan diproses mengunakan mesin dimana ‘polyphenol’ didalam minyak zaitun telah kehilangan hampir 20% dan 'polyphenol' adalah sumber penting pencegah dan penentang barah yang di perakui oleh pakar 'nutrition'.
6) Menyokong Palestine
Akhir sekali, dengan membeli produk buatan Palestine ini, kita sebagai saudara sesama islam dapat membantu sedikit sebanyak ekonomi saudara saudara kita di bumi Palestine untuk terus menampung hidup serta mengalak dan menyokong pertanian mereka. Seperkara lagi, Ramallah tempat dimana pokok zaitun yang ditanam ini adalah didalam kawasan Al-Quds (Baitulmaqdis) salah satu tanah suci yang disebut oleh Allah SWT didalam Al-Quran. Ini bermakna, minyak zaitun ini adalah berasal dari Tanah Suci
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
CARA MEMAKAN MINYAK ZAITUN
1. Mengambil secara berterusan sekurang-kurangnya sesudu 2 kali (23 gram) sehari (pagi sebelum sarapan, dan malam sebelum tidur).
2. Campurkan dua sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.
3. Untuk menghilangkan parut bekas jerawat
di muka, ratakan campuran dua sudu teh minyak zaitun pada muka, biarkan
selama dua atau tiga jam dan kemudian barulah dicuci.
4. Untuk menghilangkan parut pada anggota
lain di badan, ratakan campuran tiga sudu teh minyak zaitun pada anggota
terlibat, biarkan selama dua jam,kemuadian barulah dicuci.
5. Jika boleh gunakan dalam masakan menggantikan minyak masak kelapa sawit.
6. Tambahkan dua sudu makan minyak zaitun
ke dalam masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolesterol tinggi
(kambing, lembu, kerbau atau udang). Kesemua lemak akan menjadi sisa
tanpa diserap ke dalam badan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Minyak Zaitun:
Bukan sekadar minyak biasa
|
Oleh:
MOHAMAD FIKRI ROSLY
|
Khasiat minyak zaitun
memang diketahui ramai. Sejak turun-temurun lagi pakar-pakar perubatan,
pemakanan dan kosmetik mengakui kebaikan pengambilan minyak zaitun dalam
pemakanan seharian.
Pengambilan rutin minyak zaitun dipercayai dapat mengelak penyakit kardiovaskular, kanser, masalah penghadaman dan penuaan. Ia juga diperakui berkhasiat untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak yang sedang membesar. Menurut pakar perubatan nuklear dan radiobiologi, Dr. Yahya R. Laleli, khasiat minyak zaitun telah diperakui dan disahkan menerusi pelbagai kajian di seluruh dunia. Pengambilan dua sudu atau 23 gram minyak zaitun setiap hari dapat mengurangkan risiko penyakit koronari jantung kerana kandungan lemak tidak tepu mono yang terkandung di dalamnya. Khasiat minyak zaitun
Pengambilan minyak zaitun menambahkan bilangan kolesterol baik untuk
badan di mana ia menghalang penghasilan plak pada dinding arteri dan
kehadiran antiaksida dalam minyak zaitun juga mengurangkan risiko
tekanan darah tinggi.
Kajian The Journal of the National Cancer Institute menunjukkan diet minyak zaitun bersama buah-buahan dan sayuran merendahkan risiko kanser payu dara, kanser kolon dan kanser prostat. Selain itu, minyak zaitun juga meningkatkan penghadaman dan penyerapan nutrien di mana ia melepaskan asid gastrik perlahan-lahan selain membantu pengeluaran hempedu yang optimum. Ibu-ibu mengandung juga digalakkan untuk menambahkan minyak zaitun dalam diet mereka bagi membantu penyerapan vitamin, mineral dan nutrien yang penting untuk fetus selain mengatasi masalah sembelit yang biasanya dialami ibu mengandung. Masalah arthritis di kalangan warga emas juga dapat dikurangkan dengan penggunaan minyak zaitun di mana kandungan semula jadinya iaitu oleocanthal, adalah salah satu agen antiradang bukan steroid yang menghalang aktiviti siklooksigenas penyebab radang. Penyakit osteoporosis juga dapat dihalang dengan pengambilan rutin minyak zaitun dalam diet seharian di mana mineral dan kalsium dapat diserap dengan lebih baik. Dari sudut kecantikan, kandungan vitamin dan flavonoid di dalam minyak zaitun berfungsi mencantikkan kulit dengan meneutralkan radikal bebas yang merosakkan kulit. Minyak zaitun juga telah digunakan turun-temurun dalam terapi kecantikan di mana sapuan kepada rambut dan kulit kepala menjadikan rambut sihat bersinar, juga mengurangkan masalah rambut gugur. Kandungan minyak zaitun
Pelbagai komponen bioaktif seperti asid lemak, vitamin, komponen mudah
meruap, komponen larut air dan serpihan mikroskopik buah zaitun
terkandung di dalam minyak zaitun.
Asid lemak merupakan kandungan utama minyak zaitun terdiri dari asid oleik, asid linoleik dan sedikit asid linolenik. Asid oleik merupakan salah satu asid lemak dari jenis tidak tepu mono, merangkumi 55 hingga 85 peratus kandungan minyak zaitun. Kajian menunjukkan bahawa asid oleik dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, kanser dan penuaan dan bagus untuk bayi dalam kandungan. Asid linoleik dan linolenik adalah dari jenis asid lemak tidak tepu poli yang menganduingi Omega 6 dan Omega 3. Nisbah Omega 6:Omega 3 dalam minyak zaitun menepati nisbah yang disarankan untuk orang dewasa selain turut membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Kandungan peroksida atau antioksidan yang tinggi di dalam minyak zaitun berfungsi menentang pengoksidaan oleh radikal bebas dan oksigen reaktif di dalam badan kita. Ia juga mengandungi sterol tumbuhan yang menghalang badan daripada menyerap kolesterol berlebihan di samping kaya dengan vitamin E yang terbukti baik untuk kesihatan kulit. Kualiti sesuatu minyak zaitun ditentukan oleh kandungan asid bebas dan peroksida di dalamnya. Menyedari minyak zaitun mengandungi banyak manfaat untuk manusia, Dr. Yahya menghasilkan produk berasaskan minyak zaitun menggunakan jenama Laleli. Beliau bersama keluarganya turut mengendalikan makmal Duzen yang terkenal di peringkat antarabangsa dalam membekalkan perkhidmatan analisis kesihatan dan alam sekitar selama lebih 29 tahun. Dr. Yahya yang juga pakar kesihatan dari John Hopkins adalah pemilik makmal tersebut dan juga pemilik ladang serta kilang pemprosesan zaitun moden di Turki. Syarikatnya, Laleli Olive Oil Establishment, mengeluarkan produk berasaskan zaitun dan diedarkan secara eksklusif di Malaysia oleh pengedar tunggal iaitu Thye Huat Chan Sdn. Bhd. Laleli dengan moto "bukan sekadar minyak biasa" memasarkan rangkaian produk untuk kecantikan, minyak masak dan minyak kesihatan. ---------------------------------------------------------------------------------------------------- Minyak Zaitun dan Limau Nipis Cegah Batu KarangAntara cara mudah untuk meredakan sakit berpunca daripada batu karang ialah minum air limau nipis sebaik-baiknya tanpa gula. Perah sebiji limau nipis tua ke dalam secawan air mineral dan minum sukatan yang sama tiga hingga kali sehari. Untuk nyahkan batu karang, boleh digabungkan dengan minyak zaitun. Caranya ialah ambil sesudu besar air perahan limau nipis dan sesudu besar minyak zaitun dengan empat cawan air. Mereka yang mengamalkannya melaporkan biasanya batu karang akan keluar bersama air kencing beberapa jam selepas mengambil bahan tersebut. Sitrat dikatakan berupaya melarutkan batu karang dan minyak zaitun pula dipercayai berfungsi sebagai pelincir. Rakyat di Malaysia dan Asia Tenggara biasa minum air limau nipis. Penduduk di negara hemisfera utara pula biasa mengambil lemoned iaitu air minuman mengandungi perahan lemon segar. More: http://www.sinarharian.com.my/rencana/soda-diet-bantu-cegah-batu-karang-1.37274 |
Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh “Harvard School of Public Health” dan “Athens School of Public Health” mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara. Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser.
Kajian yang diketuai oleh Professor Miguel
Gassull di Hospital Universiti “Germans Trias Pujol” di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan
minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon. Kajian lain yang dijalankan
di Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan
dalam membantutkan kanser kolon.
Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji
dari “Institute of Health Science” membandingkan kanser, makanan dan
pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat,
Brazil, Colombia, Kanada dan China. Hasil kajian menunjukkan negara yang
mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko
menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang
risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan
selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.
Minyak
zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan) . Ia
merupakan syarat utama untuk gaya
hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana
ciri2nya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak semulajadi yang
terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan
penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan
kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula
menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen
mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit
kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.
1. Membantu memberi kesuburan kulit wajah.
2. Membantu mencegah keracunan.
3. Membantu sistem penghadaman.
4. Membantu menyingkir parasit pada usus.
5. Membantu menyihatkan rambut dan menghilangkan kelemumur.
6. Dengan campuran sedikit garam, boleh menjadi ubat mujarab bagi
penyakit gigi dan gusi.
penyakit gigi dan gusi.
7. Mengandungi bahan anti penuaan.
8. Membantu menguatkan tenaga batin.
9. Membantu mengatasi kesan melecur dan parut.
10. Sebagai bahan urutan yang membantu menguatkan organ, sendi
dan otot serta melegakan sakit.
dan otot serta melegakan sakit.
11. Membantu melegakan athritis dan sciatica.
12. Membantu menjauhkan kanser usus dan pelbagai kanser lain.
13. Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian.
14. Membantu menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis.
15. Membantu mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone).
16. Membantu sistem penghadaman dan mengurangkan ulser perut.
17. Sebagai Antioksidan dan antikanser semulajadi.
18. Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang
dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak).
dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak).
19. Membekalkan kanvitamin E.
20. Membantu mengekalkan kecantikan (kulit dan rambut).
21. Membantu menstabilan asid lemak.
22. Membekalkan pelbagai vitamin untuk antipenuaan.
23. Sebagai kegunaan masaj terapi.
24. Membekalkan omega 9.
No comments:
Post a Comment