Translate

Thursday, August 9, 2012

Minyak Zaitun

Kami hanya menjual produk yang berasaskan minyak zaitun seperti sabun, minyak untuk kegunaan memasak dan juga minyak zaitun yang kualitinya dijamin sahaja walaupun dipasaran terdapat banyak jenama minyak zaitun. Setakat ini kami hanya menjual 3 jenis pengeluar minyak zaitun sahaja  iaitu:

Palestin Olive Oil ( Ramallah)



Laleli Olive Oil (Turkey)


Pilihan Produk Olive Oil



Palestine (Ramallah) Olive Oil 500ml ------- RM 150.00 
Palestin (Ramallah) Olive Oil 250ml ------- RM 95.00


 Laleli Ancient Extra Virgin  250ml --------- RM 75.00
 


 Laleli Selection Extra Virgin  

 500ml --------- RM 75.00



 Laleli Virgin  for Cooking 

  1000ml --------- RM 60.00

Palestine (Ramallah) Olive Oil

12 botol x 500ml -"call for price"


Harga yang dijual adalah tidak
  termasuk kos penghantaran       


Allah telah menyebut di dalam Al Quran berkenaan dengan buah zaitun. Ini menunjukkan buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri yang jarang diketahui dan diselidiki. Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah- buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tiin. Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah- buahan lain yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat.



Demi buah tiin dan zaitun. Dan Gunung Tursina. (Surah at Tiin ayat 1 dan 2). 

Menurut ulama-ulama hadis , apabila banjir besar yang berlaku pada zaman Nabi Nuh mula surut, pokok zaitun adalah tumbuh-tumbuhan yang mula-mula hidup.
The olive leaf is mentioned in the Holy Bible: "In its (the dove) bill was a plucked-off olive leaf! Then Noah knew that the waters had decreased on the earth" (Genesis 8:11)

Pokok zaitun boleh membesar setinggi tiga meter, daunnya berwarna hijau terang dan buahnya kebiruan atau keungunan. Rasanya seperti logam, sebab itu ia tidak dimakan mentah, tetapi lebih gemar dinikmati setelah dijeruk. Kebanyakan keistimewaan pokok zaitun datang daripada buahnya. Buah zaitun yang masak menghasilkan minyak yang mempunyai pelbagai kegunaan. Bagaimana pun buah zaitun muda atau yang terlalu masak mengandungi kurang minyak.

Sejak zaman-berzaman, minyak zaitun telah digunakan sebagai penawar pelbagai penyakit. Pembongkaran kubur-kubur lama di Mesir, mendapati bekas-bekas berisi minyak zaitun disimpan bersama lain-lain barangan. Sehingga kini, keberkesanan minyak Zaitun sebagai penawar penyakit terus di akui. Di Amerika Syarikat dan Britain, minyak zaitun diberi keutamaan untuk mengubati pelbagai penyakit, dan mereka mempunyai piawaian khusus untuk menilai ketulenannya.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pokok zaitun kuno ini terletak di pulau Crete dan adalah salah satu daripada tujuh pokok-pokok zaitun di Mediterranean dipercayai berusia sekurang-kurangnya 2,000 hingga 3,000 tahun. Walaupun umur yang tepat tidak dapat ditentusahkan, Pokok Zaitun Vouves mungkin tertua di antara mereka, yang dianggarkan berusia lebih 3,000 tahun. Ia masih menghasilkan buah zaitun, dan dianggap sangat berharga. Pohon-pohon zaitun yang tahan lasak dan tahan kemarau, tahan penyakit dan tahan api - sebahagian daripada sebab untuk panjang umur dan digunakan secara meluas di rantau ini.